Saturday 3 December 2011

MIKROSKOP MENGGUNAKAN KANTA UNTUK MEMBESARKAN IMEJ


Apa itu mikroskop?

Mikroskop menggunakan kanta untuk membesarkan imej. Mikroskp digunakan untuk melihat objek halus dan dekat. 

 
Ini ialah mikroskop yang kita boleh lihat di makmal sekolah


Jom kita bina mikroskop!

BAHAN-BAHAN:

Segelas air
Pin napkin yang besar
Kertas surat khabar

LANGKAH-LANGKAH

Celupkan jari ke dalam air. Kemudian titiskan air ke bulatan spring pin napkin hingga satu benjolan air terbentuk



Pegang pin napkin pada bahagian kepalanya secara mendatar

Dekatkan benjolan air tadi pada huruf atau gambar pada surat khabar. Lihat surat khabar menerusi benjolan air tadi.



Apa Yang Berlaku?

Imej huruf atau gambar itu kelihatan lebih besar. Imej kelihatan lebih besar kerana titisan air yang terperangkap pada pin napkin tadi berfungsi sama seperti sebuah kanta cembung, ia membiaskan cahaya dan membesarkan imej objek yang dilihat menerusinya.

Sekarang, siapa kata budak sekolah tidak boleh membuat mikroskop?

UDARA MEMENUHI RUANG


Ada Apa Dalam Bekas Kosong?

Tahukah Kita??

Udara memenuhi setiap ruang  setiap ruang kosong. Udara ada di mana-mana tetapi kita tidak boleh dilihat. Namun, ada cara untuk mengetahui kehadiran udara. Nak tahu? Jom kita bereksperimen..

BAHAN-BAHAN:

Air
Besen air
Kertas tisu
Cawan plastik atau kaca

LANGKAH-LANGKAH:

Letakkan kertas tisu pada dasar cawan plastic. Pastikan tisu terlekat kukuh di dasarnya.


Telangkupkan cawan dengan mulutnya ke bawah

Masukkan cawan ke dalam air dan tekan perlahan- lahan ke bawah hingga mulutnya mencecah dasar besen. Biarkan seketika.

Keluarkan cawan dengan air dengan mulutnya masih menghadap ke bawah.



Apa Yang Berlaku?

Air telah masuk ke dalam cawan dan kertas tisu tidak basah. Keadaan itu terjadi kerana ada udara di dalam cawan tersebut. Udara menghalang air masuk ke dalam cawan dan mebasahi tisu.

DALAM AIR ADA UDARA


Adakah Air Mengandungi Udara?

Seperti yang kita ketahui dalam udara ada wap air, tetapi dalam air adakah terdapat udara? Jom kita bereksperimen..
                                               
BAHAN-BAHAN:

Air jernih

Gelas kaca

Sumber haba ( cahaya matahari @ lampu meja )

LANGKAH-LANGKAH:

Isikan air dalam gelas kaca hingga penuh

 
Letakkan gelas tersebut berhampiran dengan sumber haba. Biarkan selama setengah jam


Perhatikan hasil eksperimen

Apakah Yang Berlaku?
Kelihatan gelembung-gelembung udara kecil pada dinding sebelah dalam gelas. Gelembung udara terjadi kerana udara yang larut di dalam air dibebaskan apabila air menjadi panas. Lebih panaas air maka lebih banyak udara yang dibebaskan.