Saturday 3 December 2011

MIKROSKOP MENGGUNAKAN KANTA UNTUK MEMBESARKAN IMEJ


Apa itu mikroskop?

Mikroskop menggunakan kanta untuk membesarkan imej. Mikroskp digunakan untuk melihat objek halus dan dekat. 

 
Ini ialah mikroskop yang kita boleh lihat di makmal sekolah


Jom kita bina mikroskop!

BAHAN-BAHAN:

Segelas air
Pin napkin yang besar
Kertas surat khabar

LANGKAH-LANGKAH

Celupkan jari ke dalam air. Kemudian titiskan air ke bulatan spring pin napkin hingga satu benjolan air terbentuk



Pegang pin napkin pada bahagian kepalanya secara mendatar

Dekatkan benjolan air tadi pada huruf atau gambar pada surat khabar. Lihat surat khabar menerusi benjolan air tadi.



Apa Yang Berlaku?

Imej huruf atau gambar itu kelihatan lebih besar. Imej kelihatan lebih besar kerana titisan air yang terperangkap pada pin napkin tadi berfungsi sama seperti sebuah kanta cembung, ia membiaskan cahaya dan membesarkan imej objek yang dilihat menerusinya.

Sekarang, siapa kata budak sekolah tidak boleh membuat mikroskop?

UDARA MEMENUHI RUANG


Ada Apa Dalam Bekas Kosong?

Tahukah Kita??

Udara memenuhi setiap ruang  setiap ruang kosong. Udara ada di mana-mana tetapi kita tidak boleh dilihat. Namun, ada cara untuk mengetahui kehadiran udara. Nak tahu? Jom kita bereksperimen..

BAHAN-BAHAN:

Air
Besen air
Kertas tisu
Cawan plastik atau kaca

LANGKAH-LANGKAH:

Letakkan kertas tisu pada dasar cawan plastic. Pastikan tisu terlekat kukuh di dasarnya.


Telangkupkan cawan dengan mulutnya ke bawah

Masukkan cawan ke dalam air dan tekan perlahan- lahan ke bawah hingga mulutnya mencecah dasar besen. Biarkan seketika.

Keluarkan cawan dengan air dengan mulutnya masih menghadap ke bawah.



Apa Yang Berlaku?

Air telah masuk ke dalam cawan dan kertas tisu tidak basah. Keadaan itu terjadi kerana ada udara di dalam cawan tersebut. Udara menghalang air masuk ke dalam cawan dan mebasahi tisu.

DALAM AIR ADA UDARA


Adakah Air Mengandungi Udara?

Seperti yang kita ketahui dalam udara ada wap air, tetapi dalam air adakah terdapat udara? Jom kita bereksperimen..
                                               
BAHAN-BAHAN:

Air jernih

Gelas kaca

Sumber haba ( cahaya matahari @ lampu meja )

LANGKAH-LANGKAH:

Isikan air dalam gelas kaca hingga penuh

 
Letakkan gelas tersebut berhampiran dengan sumber haba. Biarkan selama setengah jam


Perhatikan hasil eksperimen

Apakah Yang Berlaku?
Kelihatan gelembung-gelembung udara kecil pada dinding sebelah dalam gelas. Gelembung udara terjadi kerana udara yang larut di dalam air dibebaskan apabila air menjadi panas. Lebih panaas air maka lebih banyak udara yang dibebaskan.

Saturday 26 November 2011

SALAM DARI PENULIS

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433. SEMOGA PENGALAMAN LEPAS MENJADI PENGAJARAN DAN PEDOMAN. MOGA- MOGA KITA BEROLEH KEBERKATAN DARI-NYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.. 


MENGAPA???

Jika udara menekan permukaan badan kita, mengapakah kita tidak merasai tekanannya??

Ini disebabkan...

Bahagian dalam badan kita juga mengenakan tekanan yang sama jumlahnya dengan tekanan udara di luar dan sebab itulah kita tidak merasa apa-apa

Renung dan fikirkan..

Bagaimana pula tekanan udara di dalam air???

INFO TENTANG BADAN MANUSIA

TAHUKAH KITA?? 
Badan kita...
  • badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
  • bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
  • otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
  • jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
  • jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
  • terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
  • setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
  • otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
  • jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
  • 70% berat badan adalah berat air.

Tuesday 22 November 2011

JOM BUAT EKSPERIMEN!!!- APAKAH GAS YANG MEMBANTU DAN MENGHALANG PEMBAKARAN?

Eksperimen ini bagi mengkaji gas yang membantu dan menghalang pembakaran..Jom kita lakukan bersama-sama!!

BAHAN- BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Gelas/ balang kaca



2. Mangkuk kaca



3. Lilin



4. Pemetik Api



5. Plastisin



6. Cuka + Serbuk penaik ( sodium bikarbonat)




7. Sudu

LANGKAH- LANGKAH

1. Tegakkan lilin di dalam lmangkuk kaca dengan sedikit plastisin

2. Dengan menggunakan pemetik api, nyalakan lilin tadi

3. Tuangkan sedikit cuka dan serbuk penaik ke dalam mangkuk kaca

4. Semasa buih gas terbentuk, dekatkan mulut gelas kaca kepada nyalaan lilin



APAKAH YANG BERLAKU???

Nyalaan lilin padam. ia padam kerana karbon dioksida di sekeliling menghalang pembakaran. campuran cuka dan serbuk penaik akan menghasilkan buih- buih gas iaitu gas karbon dioksida. dengan mendekatkan balang kaca dengan nyalaan lilin, kamu membenarkan karbon dioksida memenuhi ruang sekeliling lilin. karbon dioksida memadamkan nyalaan lilin.


TAHUKAH KITA??
  
Pembakaran hanya berlaku sekiranya ada elemen oksigen, bahan api dan haba. tanpa ketiga-tiga elemen ini, pembakaran tidak akan berlaku. 



Sekadar Belajar atau Belajar Sambil Menghayati?

Generasi muda pada masa kini mempunyai perspektif berbeza-beza tentang sains. Ada yang menganggap sains merupakan satu mata pelajaran yang hanya dipelajari di sekolah dan berusaha memahaminya sekadar untuk mendapat abjad “A” yang menjadi igauan semua manusia yang bergelar pelajar. Namun begitu setakat manakah ilmu sains dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan kita? Atau sekadar catatan di atas tinta putih yang diuji sebagai hobi oleh manusia-manusia yang berambut putih, berjambang dan bercermin mata?

Saya masih ingat sewaktu masih darjah 4 di sekolah rendah, saya dikurniakan seorang guru mata pelajaran sains yang paling saya minati dan yang membuatkan saya mula-mula jatuh cinta dalam sains. Saya berasa beruntung kerana seawal saya pendapat pedidikan mengenai sains saya telah didedahkan dengan pelbagai kaedah eksperimen. Beliau membuatkan pengajarannya menjadi menarik dengan menimbulkan perbagai persoalan yang tidak memerlukan tahap kognitif yang tinggi bahkan soalan yang ditimbulkan hanyalah memerlukan pemerhatian eksperimen di belakang rumah. Ini bermaksud, persoalan yang ditimbulkan hanyalah berkaitan dengan kehidupan dan dilihat sehari-hari namun, kita tidak menyedari dan hanya melihatnya sekadar ia.

Saya masih ingat dimana di dalam kelas, guru tersebut meletakkan sebuah kotak pos di dalam kelas untuk kami semua memikirkan persoalan-persoalan yang difikirkan dalam kehidupan sehari- hari. Setiap pelajar perlu memasukkan satu soalan ke dalam kotak tersebut dan diberi tempoh selama seminggu untuk memikirkan soalan. Pada setiap soalan yang diletakkan tidak perlu diletakkan nama. Pada setiap waktu sains, kami akan mengadakan perbincangan untuk menjawab sebanyak mungkin soalan selama lebih kurang 10 minit. Tidak perlu bertanyakan soalan-soalan yang bertaraf ijazah atau doktor. Cukup hanya soalan yang berkenaan dengan tajuk- tajuk sains yang dipelajari. Biarlah di mata kita soalan yang ditanya ialah soalan bodoh namun guru tersebut telah menunjukkan kesungguhan menjawab dan memahamkan kami. Manakan tidak seawall usia 10 tahun, apa yang mampu disoal? Namun yang penting ialah sifat yang ingin diterapkan oleh guru tersebut kepada kami ialah inkuiri. Setiap kali matapelajaran sains kami akan tertunggu- tunggu guru tersebut memasukkan tangannya ke dalam kotak untuk mengambil soalan. Puas apabila setiap kali soalan dibaca guru tersebut akan memuji pemikiran si pengepos soalan. Seronok apabila kami menjalankan eksperimen bersama-sama untuk membuktikan jawapan. Inilah dikatakan sebagai PENGHAYATAN.


Tidak kira warna kulit kita semua berhak belajar


Sehinggalah saya naik ke peringkat menengah, sifat ingin tahu dan bersungguh-sungguh semasa mempelajari sains itu kekal dalam diri saya. Semua matapelajaran sains yang saya ambil memperolehi keputusan pangkat 1. Namun mungkin bukan ketentuan rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor perubatan tapi saya percaya profesion keguruan merupakan ketentuan Allah S.W.T untuk saya meneruskan usaha guru sains terbaik saya pada generasi akan datang. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Mungkin inilah ketentuan Allah yang terbaik buat saya.

kotak pos cikgu saya- lebih kurang macam ni lah..;)


p/s: sekadar coretan dimasa lapang :)

Monday 21 November 2011

KAEDAH EKSPERIMEN

DEFINISI
- ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis
- percubaan pada sesuatu yang baru dan berbeza
CONTOH MENYEDIAKAN EKSPERIMEN


Aktiviti : percambahan biji benih

Bahan-bahan :
kacang hijau, 3 bekas plastik ( bekas lut sinar)
Apa yang perlu dilakukan :
1.   minta kanak-kanak untuk menyediakan tiga keadaan percambahan, dengan jumlah air yang berbeza :
A. Bekas yang kering ( tiada air )
B. Bekas yang mempunyai sedikit air (1/2 inci air, menutup sebahagian kecil biji benih)
C. Bekas yang mempunyai banyak air ( air diisi sehingga ketinggian bekas
D. Letakkan label pada ketiga-tiga keadaan percambahan ini dengan gambar yang menunjukkan biju benih dan jumlah air di dalam bekas. Cawan lutsinar dengan penutup lutsinar amat sesuai dalam uji kaji ini
 
Minta kanak-kanak untuk meletakkan biji benih ke dalam bekas, lebih kurang 10 biji benih. Adalah lebih baik jika air ditambah setelah biji benih ini diletakkan. Perhatikan hasilnya pada minggu berikutnya.
Apa yang perlu dibincangkan?
a.Berapa lamakah biji benih ini akan mula bercambah?
b.Adakah semua biji benih bercambah?
c.Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk biji benih bercambah?

d.Biji benih dalam keadaan manakah yang akan bercambah dan akan membesar dengan baik?
Keputusan Eksperimen

Apa yang perlu dibincangkan?

Tanyakan :

1.Di dalam bekas manakah kacang hijau bercambah dengan sihat dan kelihatan paling baik? ( sudah semestinya bekas yang tiada air tidak akan mencambahkan benih, bekas yang mempunyai air yang lebih akan  menenggelamkan biji benihpercambahannnya terbantut dan mungkin layu, dan bekas yang mempunyai ½ inci air akan bercambah dengan subur dan hijau)

2.Berapa banyak air yang diperlukan untuk percambahan biji benih.