Generasi muda pada masa kini mempunyai perspektif berbeza-beza tentang sains. Ada yang menganggap sains merupakan satu mata pelajaran yang hanya dipelajari di sekolah dan berusaha memahaminya sekadar untuk mendapat abjad “A” yang menjadi igauan semua manusia yang bergelar pelajar. Namun begitu setakat manakah ilmu sains dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan kita? Atau sekadar catatan di atas tinta putih yang diuji sebagai hobi oleh manusia-manusia yang berambut putih, berjambang dan bercermin mata?
Saya masih ingat sewaktu masih darjah 4 di sekolah rendah, saya dikurniakan seorang guru mata pelajaran sains yang paling saya minati dan yang membuatkan saya mula-mula jatuh cinta dalam sains. Saya berasa beruntung kerana seawal saya pendapat pedidikan mengenai sains saya telah didedahkan dengan pelbagai kaedah eksperimen. Beliau membuatkan pengajarannya menjadi menarik dengan menimbulkan perbagai persoalan yang tidak memerlukan tahap kognitif yang tinggi bahkan soalan yang ditimbulkan hanyalah memerlukan pemerhatian eksperimen di belakang rumah. Ini bermaksud, persoalan yang ditimbulkan hanyalah berkaitan dengan kehidupan dan dilihat sehari-hari namun, kita tidak menyedari dan hanya melihatnya sekadar ia.
Saya masih ingat dimana di dalam kelas, guru tersebut meletakkan sebuah kotak pos di dalam kelas untuk kami semua memikirkan persoalan-persoalan yang difikirkan dalam kehidupan sehari- hari. Setiap pelajar perlu memasukkan satu soalan ke dalam kotak tersebut dan diberi tempoh selama seminggu untuk memikirkan soalan. Pada setiap soalan yang diletakkan tidak perlu diletakkan nama. Pada setiap waktu sains, kami akan mengadakan perbincangan untuk menjawab sebanyak mungkin soalan selama lebih kurang 10 minit. Tidak perlu bertanyakan soalan-soalan yang bertaraf ijazah atau doktor. Cukup hanya soalan yang berkenaan dengan tajuk- tajuk sains yang dipelajari. Biarlah di mata kita soalan yang ditanya ialah soalan bodoh namun guru tersebut telah menunjukkan kesungguhan menjawab dan memahamkan kami. Manakan tidak seawall usia 10 tahun, apa yang mampu disoal? Namun yang penting ialah sifat yang ingin diterapkan oleh guru tersebut kepada kami ialah inkuiri. Setiap kali matapelajaran sains kami akan tertunggu- tunggu guru tersebut memasukkan tangannya ke dalam kotak untuk mengambil soalan. Puas apabila setiap kali soalan dibaca guru tersebut akan memuji pemikiran si pengepos soalan. Seronok apabila kami menjalankan eksperimen bersama-sama untuk membuktikan jawapan. Inilah dikatakan sebagai PENGHAYATAN.
Tidak kira warna kulit kita semua berhak belajar
Sehinggalah saya naik ke peringkat menengah, sifat ingin tahu dan bersungguh-sungguh semasa mempelajari sains itu kekal dalam diri saya. Semua matapelajaran sains yang saya ambil memperolehi keputusan pangkat 1. Namun mungkin bukan ketentuan rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor perubatan tapi saya percaya profesion keguruan merupakan ketentuan Allah S.W.T untuk saya meneruskan usaha guru sains terbaik saya pada generasi akan datang. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Mungkin inilah ketentuan Allah yang terbaik buat saya.
No comments:
Post a Comment